May 6, 2009



Bacaan Al-Quran Berlagu: Syeikh Mustofa Ghawas Surah Na'ba ayat 31

March 4, 2007

SEK.MEN.ARAB AL-ASYRAF (SABK)







SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Menengah Arab (SABK) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang (SMASRA) telah ditubuhkan pada 4 Januari 1988, hasil inisiatif Yang Berhormat Datuk Hj Mohd Shariff bin Hj Mohd Derus, Exco Agama dan Pendidikan Negeri Melaka pada waktu itu. Turut bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini ialah Allahyarham Ustaz Tn Hj Jaafar bin Abdul Hamid, yang pada waktu itu menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Pada awalnya lokasi sekolah terletak berhampiran dengan Pekan Pulau Sebang dan Pekan Tampin, 15 km dari Pekan Alor Gajah dan 40 km dari Bandar Melaka. Lokasi ini merupakan lokasi sementara berkongsi dengan Sekolah Rendah Agama Pekan Pulau Sebang ,menantikan bangunan sebenar sekolah ini yang dijangka siap penghujung tahun 2007, di mukim Tanjung Rimau, Alor Gajah Melaka. Seperti yang telah dijangkakan, akhirnya bangunan sekolah yang baru telahpun siap dibina dan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana pada Julai 2007 SMASRA beroperasi sepenuhnya di lokasi yang baru. Kini sekolah ini yang lebih dikenali dengan panggilan al-Asyraf dengan mengah berdiri sendiri di Bukit Merchat.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn Hj shukor bin Hj Salikin. Beliau merupakan bekas Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah dan seorang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran pendidikan. Namun begitu, beliau telah ditukarkan ke Maahad Tahfiz Anjung Batu, Serkam Melaka. Tempat beliau telah digantikan dengan Tn Hj Suboh bin Ma’soom bermula pada 1 Mac 2003 hingga kini.
Pada tahun 1998, perjalanan sekolah ini dimulakan dengan sebuah Kelas Peralihan yang terdiri daripada 28 orang pelajar ; 24 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Seramai 17 pelajar lelaki ditempatkan di asrama pada awal penubuhan sekolah ini.

Pada tahun 1999, 2 buah kelas peralihan telah ditambah iaitu terdapat seramai 60 orang pelajar menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 88 orang. Tenaga pengajar telah meningkat kepada 5 orang bagi membantu melicinkan lagi perjalanan sekolah.

Tahun demi tahun berlaku pertambahan pelajar. Pada tahun 2002, ada seramai 147 orang pelajar iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Dalam masa yang sama tenaga pengajar turut bertambah.

Pada tahun 2003, anak sulung sekolah ini telah menduduki peperiksaan SPM, dan mereka berjaya mencatatkan keputusan 100% lulus. Kecemerlangan ini diteruskan lagi pada tahun 2004 dengan menambahbaikan jumlah A dan kualitinya.


Pada tahun 2009 bilangan pelajar semakin bertambah menjangkau hampir ke 350 pelajar yang majoritinya tinggal di asrama. Pihak sekolah telah diberi kelulusan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dulu dikenali dengan Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) untuk membuka kelas tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama (STAM). Pihak sekolah telah menggambil tindakkan awal dengan membuka kelas Pra STAM di tingkatan 5. Insya Allah berkat doa dari semua, pihak sekolah akan membuka tingkatan 6 STAM pada 2010.




STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

AHLI MAJLIS SEKOLAH

Pengerusi : Tn Hj Suboh Bin Ma’soom
Naib Pengerusi : Tn Hj Helmi Akhtar Bin Hj Abd Malek.
Setiausaha : Pn Nor Liana Binti Nadim
Jawatankuasa : En Mohd Nizam Bin Mokhtar
Tn Hj Shahruddin Bin H.Mahmood
En Mohd Noor bin Sulaiman
Pn Noraslina Bte Abu Hassan

TENAGA PENGAJAR SMA (SABK ) AL–ASYRAF 2009

1. Tn Hj Suboh Bin Ma’soom - Pengetua
2. Tn Hj Helmi Akhtar Bin Hj Abd Malek - GPK 1
3. En Mohd Nizam Bin Mokhtar - GPK HEM
4. En Mohd Noor Bin Sulaiman - GPK Ko-Kurikulum
5. Tn Hj Shahruddin Bin Mahmood - Guru Biasiswa
6. Tn Hj Mohd Jafri Bin Ismail - Warden ASPURA (Ketua Warden)
7. Tn Hj Mohd Hakki Bin Muhammed - Guru SPBT
8. Pn Ainee Bte Ahmad - S/U Peperiksaan
9. Pn Hajjah Anisah Bte Abu Bakar
10.Pn Noraslina Bte Abu Hassan - Warden Aspuri, Guru Data
11.Cik Hajjah Siti Mariam Bte Hj Adnan - Warden Aspuri, Penyelaras Kurikulum Bahasa Arab
12.Pn Wan Fazillah Bte Wan Nik - Ketua Panitia Math
13.Pn Noraini Bte Mohd Ali -
14.Pn Haryati Bte Husin -

15.Ahmad Zaki Bin Pardon - Setiusaha Badan Disiplin Sekolah
16.Maizar Bin Muhamad - Setiausaha Sukan
17.Nor Suzila Bte Sarmani
18.Azlina Bte Abd. Aziz
19.Pn. Asiah Bte Ibrahim - Guru Pusat Sumber Sekolah
20.Pn. Nor Liana Bte Nadim - Setiausaha Sekolah
21. Mohd Rizwan Bin Masud - Kauselor
22. Sumaya Bte Saian -
23. Siti Aishah Bte Md Nor
24. Nor Azily Bte Yacob
25. Nor Hafiza Bte Mohd Noor - Guru Pengawas


KAKITANGAN SEKOLAH

1. Pn. Rohayu Bte Hj Daud - Pembantu Tadbir
2. En Rashid Bin Samdin - Pembantu Am Rendah
3. Pn Norehan Bte Keling - Penyelia Asrama

Tenaga pengajar sekolah ini terdiri daripada lulusan Universiti Al-Azhar (Mesir), Universiti Islam Madinah (Arab Saudi), Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau (Indonesia), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), University of Nebraska-Lincoln Amerika Syarikat (USA), Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).